Surat Untuk Suami Dan Isteri

Posted by YannaLiyanna On December - 24 - 2010

Dear abang, Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... .

Kenapa Saya Bangga Jadi Wanita

Posted by YannaLiyanna On December - 10 - 2010

kenapa i buat post ni... tetiba pulak i terasa seronok menjadi kaum hawa ni antara sebab2 kenapa jd perempuan lagi syok dari jadi lelaki ni pandagan i... i imagine sendiri...tp ader logiknya taw...

Kamera Dalam Blog

Posted by YannaLiyanna On December - 8 - 2010

ok post kali ni yanna anggap cam tutorial gak la walaupun x la pandai sgt bab2 ni and i xla seexpert u all so ader sedikit yang i boleh share ilmu bg blogger2 yg rasa nak trace siapa yg masuk blog korang al-maklumlah kan kadang kita x tau saper yg masuk blog kita

Kenapa Wanita Diciptakan Dari Tulang Rusuk

Posted by YannaLiyanna On December - 2 - 2010

Soalan ni pernah gak membelanggu kepala i cari punya cari dapatlah jawapan actualy i pernah dengar ceramah tentang pekara ni tapi x ingat pulak siapa yg jadi penceramah tu and i nak kongsi dengan u all semua especially "LELAKI" sorry to say..hehhehe ok..ok.. cuba u all fikir kenapa wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki???

Kamu Itu Sebenarnya Istimewa

Posted by YannaLiyanna On October - 23 - 2010

~ dalam ujian ada banyak keindahan di tirai kesayuan, terselit tinggi kekuatan, kelemahan itu mungkin satu keistimewaan ~ ~ Jika terasa didustai : janganlah kamu menyangka itu berita buruk bagimu, bahkan ia mungkin yang terbaik bagimu ~ ~ usah gentar , bangunlah!!! sesungguhnya janji ALLAH itu adalah benar ~

Friday, December 24, 2010

Surat Mintak Kahwin lagik...=)

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angka,
24300, Klang
Selangor

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angka,
24300, Klang
Selangor

31 April 2010

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana target saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Maria binti Marli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelak

0 comments:

Post a Comment

sila tinggalkan comment anda disini...terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...